Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
MetMalaysia menjangkakan beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Pahang terus mengalami cuaca panas Tahap 1 hari ini, manakala ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, Med Malaysia menjangkakan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan juga Pahang akan terus berdepan cuaca panas tahap
00:081 iaitu Fasa Berjaga-Jaga.
00:11Menurut Med Malaysia, sebanyak 4 daerah di Kedah, 3 di Kelantan dan 1 di Pahang dilanda cuaca panas tahap 1
00:19dan meminta agar penduduk di kawasan tersebut sentiasa berwaspada.
00:24Di Kedah, daerah yang terlibat adalah di Sik, Padang Terap, Baling dan juga Kota Star.
00:30Di Kelantan, daerah yang dijangka akan terus dilanda cuaca panas tahap 1 adalah di Tanah Merah, Pasir Mas dan Macang.
00:37Manakala hanya satu daerah di Pahang yang dijangka dilanda cuaca tersebut iaitu di Maran.
00:42Sementara itu, Med Malaysia turut memaklumkan beberapa negeri di Semenanjung termasuk daerah di Sabah dan Sarawak akan dilanda ribut petir
00:49pada sebelah petang.
00:51Di Semenanjung, Med Malaysia memaklumkan ribut petir akan melanda di kawasan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan juga Selangor.
00:58Selain itu, di Sabah, daerah yang dijangka dilanda ribut petir adalah di Pedalaman dan Pantai Barat.
01:04Serta beberapa daerah turut dijangka akan dilanda hujan iaitu di Tawau, Sandakan dan Kudat.
01:10Manakala di Sarawak, ribut petir dijangka melanda kawasan di Kapit, Miri dan Jukalimbang.
01:16Subungan itu, orang ramai digesa supaya mengambil langkah waspada susulan cuaca tidak menentu di seluruh negara.
Comments

Recommended