00:00Pihak berkuasa Perancis melarang penganjuran satu perhimpunan umat Islam yang dijadwal berlangsung dalam beberapa hari lagi di sekitar ibu negara
00:09Paris atas alasan risiko keselamatan.
00:12Ketua Polis Paris, Patrice Four berkata larangan itu dikeluarkan atas arahan Menteri Dalam Negeri, Lauren Nunes melibatkan edisi ke-40
00:21Perhimpunan Tahunan Umat Islam Perancis yang sepatutnya berlangsung dari 3 hingga 6 April di pusat pameran Paris Le Bourguet.
00:30Menurut beliau, keputusan itu dibuat dalam konteks situasi keselamatan domestik dan antarabangsa yang tegang termasuk peningkatan tahap amaran keganasan, risiko
00:41gangguan ketenteraan awam serta kehadiran anggota keselamatan yang tinggi di jalanan.
00:46Langkah itu diambil selepas Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi sensitif di sekitar Paris sesulan cubaan serangan bom yang berjaya
00:56digagalkan di pejabat Bank of America hujung minggu lalu dalam latar konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
01:04Sementara itu, Ketua Penganjur Program Berkenaan Makluf Mamesh mengesahkan arahan larangan tersebut dan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan undang
01:14-undang bagi mencabar keputusan itu.
Comments