Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
FELCRA memperkukuh peranan pembangunan luar bandar sempena 60 tahun dengan fokus pemerkasaan peserta, keterjaminan makanan dan penggunaan teknologi pertanian bagi meningkatkan produktiviti ladang serta kelestarian agroekonomi.
Transcript
00:00Felkra berhak terus memperkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan peserta, keterjaminan makanan dan transformasi
00:10agroekonomi yang mampan serta berdaya saing sempena ulang tahun penubuhan ke-60.
00:15Menurut pengurusi Felkra, Datuk Suri Ahmad Jazlan Yaakob, selepas enam dekad penubuhan Felkra, kini berdiri sebagai sebuah institusi strategik negara
00:24yang bukan saja memacu pembangunan tanah, malah membentuk ekosistem sosioekonomi luar bandar secara menyeluruh.
00:35Periktirafan Felkra sebagai pembina negara strategik memperkukuh kedudukan agensi ini sebagai antara tonggak utama dalam agenda pembangunan negara, khususnya dalam
00:45memperkasa komuniti desa melibatkan lebih 104,000 peserta secara inklusif dan mampan.
00:50Hujanya, Felkra komited untuk memastikan setiap peserta Felkra bukan sahaja mendapat manfaat ekonomi, tetapi turut menjadi sebahagian daripada rantaian nilai
00:58yang lebih besar, sekaligus mengangkat martabat komuniti luar bandar sebagai penyumbang signifikan kepada kemakmuran negara.
01:05Sementara itu, Ketua Begara Sekreti Felkra, Muhammad Ismi Abdul Majid berkata, Felkra kini memberi fokus kepada agenda ketujaminan makanan negara
01:13melalui pendekatan agroekonomi yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
01:17Belia berkata, Felkra sedang mempergiat usaha meningkatkan produktiviti ladang melalui penggunaan teknologi modern, amalan pertanian terbaik serta pengurusan operasi yang
01:26lebih cekap bagi memastikan hasil yang optimum dan mampan.
Comments

Recommended