Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, dengan siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Transcript
00:00Seterusnya, polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pelakuan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di
00:09kawasan Bandar Baru Udah, Johor Baru Selasa Lepas.
00:12Menurut Ketua Polis Johor Baru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan, Radin Taha, pihaknya mengesan sebuah video tular di Facebook yang
00:21memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak sebelum siasatan lanjut dijalankan.
00:28Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 hari selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan
00:36berusia 12 dan 10 tahun.
00:39Susulan siasatan yang dijalankan sekitar jam 4.46 petang, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang
00:48memaklumkan anak perempuan dan anak saudaranya telah dipanggil oleh seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord.
00:54Menurut laporan tersebut, suspek dikatakan bertanyakan lokasi tandas sebelum bertindak melakukan pelakuan tidak senonoh terhadap kedua-dua mangsa.
01:01Susulan maklumat dan risikan sepasukan anggota dari Unit D-9 bahagian siasatan jenayah IPD Johor Baru Utara berjaya menahan seorang
01:10lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam pada hari yang sama.
01:16Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan dan suspek ini ditahan bagi tujuan reman di Mahkamah Johor
01:24Baru.
01:24Kes disiasat mengikut Seksyen 15-A-1 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyul Terhadap Kanak-Kanak 2017 melibatkan kesalahan amang seksual bukan
01:34fizikal terhadap kanak-kanak.
Comments

Recommended