00:00Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Magistret Taiping atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun 9 bulan minggu lalu.
00:09Tertuduh M. Satis Kumar, M. Savatri, S. C. Vera Lachmi dan M. Murali yang masing-masing berusia antara 27 hingga
00:1753 tahun menganggup faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Magistret R. Prabakaran.
00:25Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:37Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas tanah Vita di sebuah rumah di Taman Sungai
00:45Mas dalam daerah Larut Matang dan selama pada 26 Mac lalu.
00:50Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara
01:00minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dihukum
01:09mati, jika sabit kesalahan.
01:11Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan DNA, forensik dan berdasar siasat.
01:20Pada 28 Mac lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun 9 bulan dilaporkan meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan
01:28mencurigakan pada badannya dipercayai menjadi mangsa penderaan dalam kejadian di Taiping.
Comments