00:00Austria menolak permohonan Amerika Syarikat untuk menggunakan ruang udaranya bagi tujuan operasi ketenteraan terhadap Iran dengan alasan negara itu terikat
00:10kepada dasar berkecuali yang termaktub dalam undang-undang.
00:14Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Austria, terdapat beberapa permintaan daripada Washington untuk menggunakan ruang udara negara itu namun jumlah sebenar tidak
00:24didedahkan.
00:27Selain itu, jurucakap berkenaan menjelaskan setiap permohonan akan dinilai secara individu dengan penyelarasan dilakukan bersama Kementerian luar Austria.
00:36Difahamkan Austria yang telah lama mengamalkan dasar berkecuali ketenteraan tidak menggunakan larangan menyeluruh terhadap penerbangan Amerika Syarikat, sebaliknya meneliti setiap
00:44permohonan mengikut kes dan situasi.
00:46Sebelum ini, Spanyol dilaporkan turut menutup ruang udaranya kepada penerbangan ketenteraan yang berkaitan dengan konflik tersebut, manakala Itali pula dilaporkan
00:54menolak permintaan pesawat tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di sebuah pangkalan di Sicily.
00:59Sejak 28 Februari, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dilaporkan meneruskan serangan udara ke atas Iran yang setakat ini membagi lebih
01:051,340 orang, termasuk permimpin tertinggi Ayatullah Ali Khamenei.
Comments