Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Beberapa pegawai pertahanan Amerika Syarikat mendedahkan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, menggesa Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Randy George, supaya segera meletakkan jawatan, ketika Pentagon berdepan rombakan kepimpinan ketenteraan.
Transcript
00:00Seterusnya, setiausaha pertahanan AS, Pete Hexath, dilaporkan telah menggesa supaya Ketua Turus Tentera Darat Negara itu, General Randy George, segera
00:13meletakkan jawatan dan besara serta-merta.
00:15Bagaimanapun, laporan media antarabangsa yang memetik sumber pegawai pertahanan Amerika berkata,
00:21tiada alasan jelas diberikan sebab sebenar Hexath meminta Randy George meninggalkan jawatannya.
00:30Difahamkan, Hexath telah bertindak pantas melakukan rombakan kepimpinan di Jabatan Pertahanan AS, termasuk memecat beberapa general dan laksamana kanan sebagai
00:41sebagian usaha melaksanakan agenda keselamatan nasional Presiden Donald Trump.
00:45Randy George, seorang pegawai infanteri yang pernah berkhidmat dalam misi ketenteraan di Irak dan Afganistan, disahkan memegang jawatan Ketua Turus
00:55Tentera Darat pada tahun 2023 dengan tempoh perkhidmatan lazimnya selama empat tahun.
01:01Selain itu, sebelum beliau memegang jawatan tertinggi itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Tentera Darat selain menjadi penasihat ketenteraan
01:11kanan kepada setiap usaha pertahanan ketika itu, Lloyd Austin.
01:16Sehubungan itu, penyingkiran George kini dilihat bakal menambah kepada ketidaktentuan kepimpinan di Pentagon, termasuk pemencatan sebelum ini, terhadap pengerusi ketua
01:25turus bersama, General Tentera Udara C.Q. Brown, selain Ketua Operasi Tentera Laut dan Timbalan Ketua Tentera Udara.
01:33Walaubagaimanapun, setakat ini, Pejabat Randy George belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sesulohan permintaan untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara berkenaan.
Comments

Recommended