Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Dua syarikat pengeluar kopi dan biskut di Melaka diarahkan menarik balik semua produk dari pasaran selepas sijil halal mereka ditarik kerana disyaki menggunakan berus bulu yang mempunyai ciri fizikal bulu babi.
Transcript
00:00Dua syarikat pengeluar kopi dan biskut di Melaka diarahkan menarik balik semua produk dari pasaran selepas sijil halal mereka ditarik
00:08kerana disyaki menggunakan berus bulu yang mempunyai ciri fizikal bulu babi.
00:13Exko Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmat Mariman berkata, tindakan itu diambil susulan penemuan penggunaan
00:22berus berkenaan dalam proses pengeluaran produk di premis terlibat.
00:28Rahmat berkata, kedua-dua syarikat turut diarahkan menghentikan penggunaan logo halal Malaysia serta menarik balik semua produk yang telah berada
00:36di pasaran.
00:37Jelasnya, insiden itu merupakan kes pertama sijil pengesahan halal Malaysia SPHM syarikat ditarik balik melibatkan penggunaan berus bulu babi tahun
00:46ini.
00:46Beliau dalam kenyataan memberitahu sampel peralatan tersebut telah dianalisis di Pusat Analisis Halal Malaysia My Health di Bandar Enstek, Negeri
00:55Sembilan.
00:56Hasil analisis mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal bulu babi sekaligus menyebabkan sijil halal kedua-dua syarikat ditarik serta
01:04-merta.
01:04Dalam masa sama, syarikat terlibat perlu melaksanakan proses sertu mengikut hukum syarak sebelum sebarang permohonan semula sijil halal boleh dipertimbangkan.
01:13Rahmat menegaskan tindakan tersebut selaras dengan peruntukan ketidakakuran serius di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020, Pindaan.
01:22Portal rasmi di bawah bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim Halal Malaysia pada Khamis melaporkan dua buah syarikat
01:31baklamat di Melaka,
01:32Heng Long Coffee Seniam Berhat dan Tian Hab Seng Biskut Factory Seniam Berhat, tersenarai dengan status sijil telah ditarik balik.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended