Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tiga individu maut manakala dua lagi cedera ringan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru–Seremban, petang Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, tiga individu maut manakala dua lagi cedera ringan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di kilometer 212
00:10Jalan Johor Baru Seremban pada petang Kamis.
00:12Menurut Ketua Polis Johor, Datuk CPAB Rahman Arsad, kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu dipercayai berlaku apabila sebuah
00:22trailer yang dipandu seorang lelaki tempatan melanggar bahagian belakang sebuah van yang dinaiki mangsa.
00:30Akibat pelanggaran tersebut, van berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.
00:38Beliau berkata, tiga mangsa yang berada di dalam van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
00:46Tambahnya, dua lagi penumpang van mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pemandu
00:54lori dan trailer tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:57Menurut beliau, pemandu trailer yang merupakan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati
01:05lelaki itu positif dadah jenis metafetamin.
01:08Kes disiasat di bawah Seksyen 44-1-A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan
01:19kematian serta Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
01:29Pemandu trailer akan dibawa ke Mahkamah Magistrat Segamat pagi ini untuk permohonan remat.
01:35Polis Johor menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended