Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pakar perunding psikiatri forensik memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa konfrontasi antara Zara Qairina Mahathir dengan seniornya di asrama dipercayai menjadi faktor pencetus pada malam sebelum remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai tahun lepas.
Transcript
00:00Pakar Perunding Psiketeri Forensik memberitahu Mahkamah Korona Kota Kinabalu bahawa konfrontasi antara Zara Khairina Mahathir dengan seniornya di Asrama dipercayai
00:11menjadi faktor pencetus pada malam sebelum remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran Asrama sekolahnya pada 16 Julai tahun lepas.
00:20Dr. Chua Zi Hung dari Hospital Mesra Bukit Padang berkata pelajar tingkatan 1 Sekolah Meningah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustafa
00:29Papar itu dipercayai kehilangan mekanisme menangani tekanan seperti biasa pada malam kejadian.
00:39Saksi ke-67 Inkuas Kematian Zara Khairina itu berkata mekanisme menangani tekanan remaja berkenaan banyak bergantung kepada sokongan rakan sebaya
00:49menulis di dalam dairi serta sebagian daripada tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri NSSI.
00:58Katanya berdasarkan rekonstruksi kejadian di bilik Asrama, mangsa dikonfrontasi di sudut kiri dan beberapa saksi mengesahkan bahawa semasa serta selepas
01:09soal siasat itu apabila dia kembali ke biliknya, dia berada dalam keadaan tertekan teruk, menangis dan menjerit dalam penafian.
01:19Jelasnya rakan-rakannya berkata tingkah laku itu tidak biasa baginya dan salah seorang saksi menggambarkan bahawa dia paling sedih pada
01:27malam itu, manakala dari segi rasa terasing, faktor risiko perlu difahami dalam konteks mangsa.
01:35Tambah beliau, mangsa seorang yang menghargai interaksi dengan rakan sebaya dan malam itu selepas konfrontasi atas pelbagai sebab rakan-rakannya
01:45tidak datang menenangkannya.
01:46Katanya, ini memberi impak psikologi yang besar kepadanya.
01:52Ditanya sama ada konfrontasi itu menjadi satu-satunya faktor yang menyebabkan Zahra Khairina ditemukan tidak sedarkan diri, Dr. Chua berkata,
02:01beliau tidak percaya satu faktor sahaja menyumbang kepada kejadian itu, sebaliknya konfrontasi jelas merupakan pencetus dan faktor pemangkin.
02:09Dr. Chua turut diminta membaca kenyataan saksi kanak-kanak ke-65 yang dipercayai individu terakhir berinteraksi dengan Zahra Khairina.
02:21Beliau berkata maklumat itu sangat penting dan menguatkan dapatan serta kesimpulannya dalam autopsi psikologi berkaitan punca kematian remaja itu.
02:31Zahra Khairina, 13 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025 iaitu sehari selepas ditemukan tidak sedarkan
02:42diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira pada jam 4 pagi.
02:47Proceeding Inquas akan bersambung semula pada 13 April.
Comments

Recommended