Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, dunia kini memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, justeru, Malaysia perlu bersiap siaga dengan pendekatan yang berdisiplin, cekal dan semangat kebersamaan.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memperkukuh ekonomi domestik sebagai benteng utama menghadapi krisis tenaga global yang semakin meruncing susulan
00:09konflik di rantau Asia Barat.
00:10Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Selasa meneliti secara mendalam perkembangan krisis tersebut serta implikasinya terhadap ekonomi
00:20negara dan kesejahteraan rakyat.
00:22Menurut Perdana Menteri, dunia kini memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu.
00:29Subungan dengan itu, Malaysia perlu bersiap-siaga dengan pendekatan berdisiplin, cekal dan bersemangat kebersamaan.
00:36Perdana Menteri menyeru barangan tempatan diutamakan dan sokongan diberikan kepada usahawan tanah air.
00:42Kerajaan akan terus bertindak secara proaktif, berlandaskan data dan realiti semasa termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan
00:53sederhana.
00:54Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended