Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
AWANI Borneo Selasa 31 Mac 2026 bersama Farhan Hakimi

1. SPM 2025: Sarawak catat GPN terbaik dalam tempohlebih 10 tahun
2. Cuaca Panas: JPNS keluar garis panduan aktiviti sekolah cuaca panas
3. Konflik Asia Barat tidak jejas projek jambatan Sarawak

Category

🗞
News
Transcript
00:06Assalamualaikum dan salam sejahtera Wani Borneo Jamini bersama saya Farhan Hakimi dan berikut adalah papanan utama untuk jam ini.
00:17Sarawak catat GPN terbaik dalam tempoh lebih sedekat.
00:25JAPNS keluar garis panduan aktiviti sekolah.
00:42Keputusan sijil pelajaran Malaysia SPM 2025 di Sarawak mencatat pencapaian terbaik.
00:48Dalam tempoh lebih sedekat, sekaligus mencerminkan keberkesanan intervensi berterusan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi calon.
00:57Pengarah Pendidikan Sarawak Omar Mahli berkata pencapaian grade purata negeri GPN meningkat 0.05 kepada 4.79 berbanding 4.74
01:09pada 2024 sekaligus menjadi rekod terbaik negeri setakat ini.
01:16Menurut Omar, walaupun peratus calon layak menerima sijil menurun sedikit kepada 93.99% berbanding 94.11% tahun lalu,
01:28jumlah keseluruhan calon yang lulus dan memperoleh sijil adalah lebih tinggi perikutan pertambahan bilangan calon.
01:35Jadi itu adalah pencapaian terbaik selepas lebih 10 tahun kita dalam SPM ini.
01:44Namun, dari segi layak menerima sijil, dari segi peratus layak menerima sijil, kita ada sedikit penurunan.
01:54From 94.11% to 93.99%.
02:00Cuma dari segi bilangan calon, lebih ramai lulus, lebih ramai menerima sijil berbanding tahun 2024.
02:09Dari segi peratus, ada tepi, ada kris, tapi dari segi jumlah calon lebih ramai.
02:17Itu keputusan keseluruhan kita.
02:19Pada masa sama, tren ketidakhadiran calon SPM menunjukkan penambahbaikan ketara hasil intervensi berterusan pihak sekolah.
02:28Jumlah calon tidak hadir menurun kepada 647 orang pada 2025, berbanding 800 orang pada 2024 dan lebih 1,000 orang
02:37pada 2023.
02:39Menurut Omar, usaha berterusan pihak sekolah termasuk pendekatan berasaskan data serta penglibatan guru bimbingan dan kaunseling berjaya membantu mengurangkan kadar
02:50keciciran.
02:50Kita lebih baik. Tahun lepas, tahun 2024, SPM 2024, yang tidak hadir 800 orang.
02:58Tapi 2025 yang tidak hadir 647 saja.
03:02Kalau 2023, kita ada 1,000 lebih tidak hadir.
03:06Ini adalah usaha berterusan pihak sekolah memastikan calon kembali ke sekolah.
03:12Kerana calon pada masa itu terjejas dengan COVID-19, ramai mak-apak merelakan anak mereka bekerja.
03:22Jadi faktor utama ketidakhadiran dahulu adalah faktor murid-murid kita bekerja.
03:29Tapi selepas kita buat intervensi dari masa ke semasa, jumlah ini semakin menurun.
03:36Maknanya kita dah semakin baiklah kehadiran kita.
03:39Beliau terus memaklumkan isu ketidakhadiran kini lebih tertumpu di kawasan bandar,
03:46perikutan faktor pekerjaan berbanding luar bandar dan pedalaman yang mempunyai kemudahan asrama.
03:55Kecemerlangan Pajar Sijil Pajaran Malaysia SPM 2025 di Sarawak bukan sahaja terserlah melalui keputusan memperangsangkan.
04:05Malah turut dipacu minat mendalam untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains,
04:09teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM.
04:13Tinjauan di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abillah Kucing mendapati rata-rata pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan semua E,
04:21memilih laluan akademik, berteraskan STEM, selari dengan aspirasi kerjaya masa depan.
04:29Bagi Kathleen Aran Lawai yang memperoleh 8A tambah dan 1A, selain pembelajaran di Bilik Darjah,
04:36pendekatan pembelajaran kendiri dan fleksibel menjadi antara faktor utama kejayaan.
04:41Malah dia turut memanfaatkan media sosial seperti YouTube dan TikTok untuk membantu dalam pelajarannya.
04:48setujuannya sama bapak saya tak terlalu tegas dalam pelajaran saya.
04:52Jadi saya menggunakan peluang tersebut untuk belajar sendiri dan mencari pelbagai kaedah yang sesuai dengan minat saya sendiri.
05:01Kathleen, anak bongsu daripada tiga beradik, kini menyasarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan atau farmasi.
05:07Sementara itu, Amirul Afif Abdul Razak yang turut memperoleh keputusan cemerlang mengakui tiada teknik belajar khusus
05:14sebaliknya memberi fokus sepenuhnya ketika di dalam kelas.
05:17Dia yang aktif dalam sukan turut menyesuaikan jadual dengan menghentikan sementara latihan menjelang peperiksaan
05:23bagi memberi tumpuan kepada ulang kaji.
05:25Teknik mek belajar, sejadah teknik ilah juga sebenarnya,
05:29men pakai kamik lah, kamik sebenarnya men belajar rumah, ada malas sikit.
05:57Sementara itu, pasangan kembar Adriel dan Ethan Ngumbang Robin turut membuktikan bahawa
06:03gaya pembelajaran berbeza bukan penghalang untuk berjaya.
06:06Adriel yang meminati fizik menyasarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan atau fizik di luar negara.
06:33boleh. Bagi saya, saya lebih suka nak pergi, try nak attempt pergi overseas untuk melanjutkan pengajian.
06:40Dia ni lebih fleksibel lah. Dia mana-mana boleh.
06:44Ethan pula lebih terbuka dalam pemilihan bidang termasuk mempertimbangkan kejuruteraan,
06:49perubatan atau pendidikan selain memilih untuk melanjutkan pengajian lebih dekat dengan keluarga.
06:55mana-mana lah. Saya boleh lokal ataupun overseas.
06:59Tapi saya lebih prefer dekat dengan ibu apa lah.
07:02Kalau cita-cita, dulu saya sangat minat dengan engineering.
07:06Tapi sekarang, bila sudah terima result,
07:10mahu explore bidang yang lain.
07:13Macam medical degree ataupun bidang cegu.
07:19Secara keseluruhan, kejayaan pelajar-pelajar ini memperlihatkan bahawa pendekatan pembelajaran fleksibel,
07:26disiplin kendiri serta kejelasan hala tuju dalam bidang diminati
07:29menjadi antara kunci utama kecemerlangan dalam SPM.
07:34Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, JPNS, mengeluarkan pekeliling kepada sekolah
07:39untuk memantau aktiviti murid, terutama ketika cuaca panas.
07:43Aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan sekiranya suhu terlalu tinggi,
07:48manakala aktiviti digalakkan, dijalankan di kawasan berbumbung atau dalam bangunan.
07:54Pengarah JPNS, Omar Mahali berkata, dalam aspek pemakaian pula,
07:59murid dibenarkan memakai pakaian yang lebih selesa mengikut kesesuaian cuaca semasa.
08:05Mereka kalau nak buat aktiviti dalam dewan ataupun di bawah bangunan
08:09yang terlindung daripada cahaya matahari yang panas.
08:12dan dari segi pakaian, murid-murid juga boleh menggunakan pakaian yang mereka selesa.
08:22Kalau sebelum ini mereka datang dengan pakaian lengkap, Thai,
08:28mereka boleh menggunakan pakaian yang lebih selesa.
08:32Yang ini pihak sekolah tak tahulah untuk memberi arahan bergantung kepada cuaca yang ada pada hari tersebut.
08:44Jelas Omar, setakat ini, Sarawak masih berada dalam zon hijau
08:49berdasarkan bacaan suhu semasa dan tidak memerlukan penutupan sekolah.
08:53Namun langkah berjaga-jaga tetap dilaksanakan termasuk menggalakkan murid,
08:58membawa dan minum air secukupnya sepanjang waktu persekolahan.
09:03Menurutnya, kebanyakan sekolah di negeri itu telah dilengkapi kemudahan misin air minuman
09:08dan perkara itu bukan sesuatu yang baharu.
09:11Sebasal kunjungan saya ke sekolah, sekolah-sekolah memang telah menyediakan mesin air sejuk dan air panas
09:18untuk murid-murid kita.
09:20Dan ini kita tegaskan lagi kepada sekolah, terutama sekolah yang berasrama,
09:26yang mempunyai peruntukan untuk membeli air murid-murid,
09:30memang kita galakkan.
09:33dan kita juga mengalukan sumbangan PIBG, PIBKS untuk menghantar minuman ke sekolah
09:43bagi membantulah murid yang mungkin tidak mampu membawa minuman sendiri.
09:50Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan sijil pelajaran Malaysia SPM tahun 2025
09:57di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di Kucing pada Selasa.
10:02Di sebalik perubahan iklim dunia yang semakin ketara,
10:06Sarawak terus komited untuk memastikan hutan yang kekal terpelihara dan hijau
10:11sebagai kanopi oksigen untuk dunia.
10:13Komitmen ini kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
10:18Dibuktikan melalui Perwartaan Kawasan Terlindung Sepenuhnya atau TPA
10:22yang kini menjangkau 2.1 juta hektare.
10:28Jelasnya Sarawak kini muncul sebagai pemilik TPA terbesar di negara ini.
10:35Jauh melangkaui 1 juta hektare yang disasarkan di peringkat awal.
10:39Kita telahpun berjaya mewartakan sebagai tempat yang terbesar di peringkat awal.
10:54Kurang lebih dalam 2.1 juta hektare.
11:06Jauh melangkaui 1.2 juta hektare.
11:17Jauh melangkaui sudah, jauh melangkaui.
11:25Ini untuk peringkat awal yang terbesar di peringkat awal.
11:30Dan untuk peringkat awal, kita sudah percaya di negara ini.
12:06Ketika ini, dua estate hutan kekal yang telah diwaduhkan.
12:09kerajaan Sarawak ialah data Julan dan Sungai Tutoh di Ulu Baram.
12:14Pada masa yang sama katanya, nilai ekspor produk kayu dari Sarawak pada tahun lepas adalah sekitar 2.5 bilion ringgit.
12:22Manakala nilai import beberapa spesies kayu sekitar 245 juta ringgit.
12:28Awang Tengah berkata demikian ketika ditemui media pada rumah terbuka Aidilfitri, Jabatan Hutan Sarawak di Kuching pada Isnin.
12:37Ketegangan geopolitik di Timur Tengah dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap pelaksanaan projek pembinaan jambatan di Sarawak
12:44yang ketika ini kekal mengikut perancangan serta jadual ditetapkan.
12:49Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Ugah Embas berkata,
12:53Kerajaan Sarawak yakin bagi 8 jambatan yang disasarkan siap tahun ini dapat dilaksanakan tanpa gangguan besar meskipun berdepan cabaran global.
13:03Bagi 8 jambatan yang kita harap dapat siap ataupun kita rancang untuk siap untuk tahun ini,
13:18kita tidak terlalu risau tentang masalah.
13:46Dalam masa sama, keyakinan tersebut turut disokong oleh keupayaan kewangan negeri
13:52apabila keseluruhan 20 projek jambatan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dengan peruntukan hampir 8 bilion ringgit.
14:01Tegas beliau, Kerajaan Sarawak turut memantau rapat perkembangan semasa dan mekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan
14:07bagi meneliti penekatan terbaik dalam menangani sebarang cabaran global.
14:12Namun, keutamaan kekal untuk memastikan 8 jambatan yang disasarkan tahun ini disiapkan mengikut perancangan.
14:35Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program pembangunan infrastruktur Sarawak 2026 di Kuching pada Selasa.
14:46Sekian Awani Bonio Jamini, saya Farhan Hakimi, salam hormat.
Comments

Recommended