Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan kematian Laksamana Alireza Tangsiri, komander angkatan lautnya, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah susulan serangan ketenteraan baru-baru ini.
Transcript
00:00Kompengawal Revolusi Islam Iran IRGC mengesahkan kematian Laksmana Ali Reza Tangsiri, Komander Angkatan Lautnya,
00:08yang meninggal dunia akibat kecerdaraan parah susulan serangan ketenteraan baru-baru ini.
00:13Pengesahan itu dibuat melalui satu kenyataan rasmi oleh agensi berita Fars,
00:17menandakan satu lagi kehilangan besar dalam kalangan kepimpinan tertinggi tentera Iran di tengah-tengah konflik.
00:23Menurut kenyataan rasmi berkenaan Tangsiri meninggal dunia akibat kecerdaraan parah yang dialami olehnya.
00:30Agensi itu turut melaporkan bahawa sebelum kematiannya, Tangsiri aktif mengatur dan memperkukuhkan pasukan
00:36serta perisai pertahanan pulau-pulau dan kawasan pesisir pantai yang menjadi sasaran musuh.
00:42Pengesahan rasmi pihak berkuasa Iran itu dibuat susulan dakwaan awal Kerajaan Israel pada Khamis,
00:47merusi Menteri Pertahanan Israel Qadz yang mengumumkan bahawa Komander Tertinggi Angkatan Laut Iran itu telah terbunuh dalam satu serangan ketenteraan.
00:56Tangsiri sebelum itu didakwa terbunuh dalam serangan yang dijalankan di Bandar Abbas, sebuah bandar pesisir pantai di Iran.
01:03Menteri Pertahanan Israel itu secara khusus mengenai pasif Tangsiri sebagai individu yang bertanggungjawab
01:08secara langsung terhadap operasi menyekat selat hormus daripada laluan perkapalan.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended