Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah segera dengan membina telaga tiub di kawasan sawah dan bendang bagi memastikan bekalan air mencukupi.
Transcript
00:00Baik kita beralih ke perkembangan terkini, cuaca panas melibatkan hampir semua daerah di Kedah memberikan impak besar kepada sektor pertanian
00:08di negeri itu.
00:09Pengurusi Jawatan Kuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah, Zawahir Abdul Ghani maklumkan antara yang terkesan dengan situasi semasa adalah golongan
00:18petani,
00:19terutamanya melibatkan sawah atau bendang yang berada di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau MADAH.
00:28Zawahir sehubungan itu memaklumkan kerajaan negeri mengambil langkah segera untuk membina telaga tiup di kawasan-kawasan terlibat.
00:36Menurutnya, ia bagi memastikan kawasan-kawasan sawah yang berada dalam keadaan kering atau merkah menerima bekalan air secukupnya.
00:44Langkah jangka pendek itu akan dimulakan di daerah Kubang Pasu dan akan diperluaskan ke seluruh Kedah.
01:19Zawahir berkata, demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di ladang harumanis di Amal.
01:26Usima Group di Jalan Alok, Mengkudu, Tok Keling pada Isnin.
01:31Dalam perkembangan sama, beliau turut berharap langkah sewajarnya dapat dilakukan segera kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi
01:40mengatasi masalah berkaitan.
01:42Tindakan segera itu adalah bagi memastikan kawasan sawah padi di Kedah yang merupakan jelapang padi negara tidak terjejas khususnya melibatkan
01:52rantaian pengeluaran padi dan beras.
Comments

Recommended