Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Malaysia mencatatkan sebanyak 107 kes perkauman sepanjang tahun 2025, angka tertinggi pernah direkodkan sejak inisiatif pemantauan oleh Pusat KOMAS yang dimulakan 11 tahun lalu.
Transcript
00:00Malaysia mencatatkan sepanjang 107 kes perkawaman sepanjang tahun 2025.
00:05Angka tertinggi pernah direkodkan sejak inisiatif pemantauan oleh Pusat Komas yang dimulakan 11 tahun lalu.
00:12Menerusi laporan Rasisma Malaysia 2025 yang dikeluarkan pada Isnin,
00:16Pertubuhan Hak Asasi Manusia Bukan Kerajaan itu mendedahkan Dewan Rakyat kekal menjadi penyumbang terbesar insiden tersebut
00:23bagi tahun kedua berturut-turut membabitkan 43 kes atau 40.02% daripada jumlah keseluruhan.
00:32Pusat Komas menjelaskan kekerapan insiden di Parlimen dikesan dengan lebih mudah
00:37berikutan segala proseding didokuminkan secara rasmi melalui handset
00:42sekaligus memudahkan proses pengenalpastian dan pengesahan kenyataan berbaur perkawaman.
00:48Berdasarkan pecahan kategori di Parlimen, subkategori Racial Majoritarianism dan politik Artikel 153
00:56mencatatkan jumlah tertinggi dengan 18 kes iaitu 16.8% diikuti oleh retorik xenofobia
01:03sebanyak 9 kes atau 8.4%.
01:07Racial Majoritarianism merujuk kepada politik yang menekankan kuasa
01:12atau keistimewaan kumpulan majoriti etnik dalam sesebuah negara.
01:16Politik Artikel 153 pula merujuk kepada penggunaan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
01:23dalam wacana politik sama ada untuk mempertahankan, menuntut atau menafsirkan hak istimewa Melayu
01:30atau Bumi Putera dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
01:34Lain-lain insiden di Parlimen turut melibatkan retorik agama dan politik ketakutan
01:398 kes isu bahasa dan pengecualian 6 kes manakala penggunaan isu Palestine
01:46serta rumah ibadat masing-masing mencatatkan satu kes.
01:49Sementara itu, bagi insiden di luar Parlimen, kategori prasangka dan provokasi mendominasi dengan 17 kes
01:57persamaan 15.9% mengatasi kategori diskriminasi agama yang mencatatkan 10 kes persamaan 9.3%.
02:07Menurut laporan itu lagi, dapatan ini menunjukkan bahawa bias interpersonal iaitu berat sebelah
02:14dalam interaksi antara individu, stereotip dan tingkah laku diskriminasi kekal sebagai bentuk paling lazim
02:21dalam ketegangan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat.
02:25Selain itu, sektor perniagaan dan tempat kerja serta kategori politik masing-masing merekodkan
02:318 kes bersamaan 7.5% diikuti sektor pendidikan dengan 6 kes bersamaan 5.7%.
02:40Isu berkaitan xenofobia pula menyumbang sebanyak 5 kes bersamaan 4.7%
02:46manakala kategori polisi dan perumahan sewaan masing-masing mencatatkan 3 kes bersamaan 2.8%.
02:54Sementara itu, kategori paling kecil melibatkan hasutan dan lain-lain
02:59dengan masing-masing merekodkan 2 kes bersamaan 1.9%.
03:04Pusat Komas menegaskan bahawa tren peningkatan itu membuktikan ketegangan kaum dan agama
03:10terus wujud dalam pelbagai ruang wacana awam di Malaysia
03:14menangkumi interaksi sosial harian hingga ke peringkat pembuat dasar.
03:19Sehubungan itu, pihak berkuasa dan masyarakat sivil digesa untuk memperkukuh usaha
03:24menangani retorik perkauman serta diskriminasi yang dilihat semakin menonjol
03:29dalam lanskap politik dan kehidupan sosial negara ketika ini.
Comments

Recommended