00:00Blogger kontroversi Papa Gomo atau Wan Muhammad Azri Wan Dris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:08selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut berkaitan yang di Pertuan Agong.
00:14Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
00:24Semasa proseding, Peguam Muhammad Rafiq Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu agar mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda tanpa
00:32pemenjaraan.
00:33Beliau berkata tertuduh sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak pernah gagal melaporkan diri sepanjang proseding berlangsung.
00:42Menurutnya tertuduh adalah bapa kepada lima anak perempuan termasuk seorang anak bongsu yang menghidap autisma.
00:48Dia juga tidak pernah disabitkan dengan kesalahan hasutan sebelum ini.
00:52Muhammad Rafiq turut memaklumkan tertuduh bagaimanapun mempunyai dua lagi kes lain.
00:57Namun timbalan pendakwa raya, Muhammad Sabri Osman memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
01:05Beliau berkata tertuduh menggunakan kata-kata kesat, menghina dan merendah-rendahkan institusi raja selain merupakan bekas anggota polis.
01:13Wan Muhammad Azri mengaku tidak bersalah pada 2 Mei 2024 atas pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung isu pemilik KK Supermart
01:23& Superstore Sendiran Berhad terhadap yang dipertuan agung menerusi aplikasi X menggunakan akaun bernama Sir Azri.
01:30Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4 kurungan 1 kurungan C Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah sub-seksyen 4
01:39kurungan 1 Akta Sama
01:41memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Comments