00:00Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya memperluaskan zon keselamatan sedia ada di selatan Lubnan.
00:08Dalam satu kaitan video yang dirakam dari Markas Pemerintahan Utara Tentera Israel, Netanyahu berkata keputusan itu dibuat susulan ketegangan berterusan
00:15di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.
00:20Netanyahu menegaskan tindakan itu bertujuan memperkukuh kedudukan keselamatan Israel di sempadan utara yang sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan peningkatan
00:30pertempuran rentas sempadan.
00:45Permusuhan melibatkan kumpulan bersenjata di selatan Lubnan dan Tentera Israel telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap risiko sengketa serantau lebih luas,
00:54khususnya ketika konflik di Asia Barat semakin memuncak.
00:57Arahan memperluaskan zon keselamatan itu dijangka melibatkan peningkatan kehadiran ketenteraan dan kawalan kawasan strategik sekaligus menambah ketegangan antara Israel dan
01:07Lubnan.
01:08Setakat ini, tentera Israel belum memperincikan skop atau jarak perluasan zon keselamatan berkenaan.
Comments