Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pasukan Polis Marin merampas 1,088 paket minyak masak bersubsidi dalam serbuan di Lahad Datu. Seorang lelaki tempatan ditahan selepas gagal mengemukakan permit sah, dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,790.
Transcript
00:00Pasukan Polis Marin mematahkan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi selepas merampas 64 kotak mengandungi 1,088 paket minyak masak dalam
00:10serbuan di Kampung Atiam di Lahadatu, Petang Ahad.
00:13Dalam operasi kira-kira jam 3.10 petang itu, Pasukan Polis Marin telah menahan lelaki tempatan berusia lingkungan 61 tahun
00:20dipercayai menjadi pemandu kenderaan berkenaan.
00:22Komander Pasukan Polis Marin wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Amri Abdul Rahman berkata, pemeriksaan ke atas lori yang ditutup dengan
00:29kain kanvas menemukan beberapa bungkusan plastik hitam yang mencurigakan.
00:33Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan kotak minyak masak bersubsidi jenama Cap Mawar yang disorok di dalam bungkusan berkenaan.
00:41Setiap kotak mengandungi 17 paket dan keseluruhan rampasan adalah sebanyak 64 kotak bersamaan 1,088 paket minyak masak.
00:48Beliau berkata pemandu lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permis sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup
00:55KPDN bagi membawa serta menyimpan bekalan berkenaan.
00:59Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM42,790.
Comments

Recommended