Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
DBKL mengkaji mekanisme pelesenan lebih anjal termasuk lesen harian bagi mengawal jurugambar tidak berlesen di sekitar KLCC, susulan isu keselamatan dan permintaan tinggi pelancong terhadap perkhidmatan fotografi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL mencarangkan mekanisme pelesenan yang lebih anjal bagi menangani masalah jurugambar menawarkan khidmat secara haram kepada
00:09pelancong.
00:10Antara yang dicorkan ialah memperkenalkan lesen harian kepada jurugambar sebagai langkah lebih praktikal bagi mengawal kegiatan jurugambar tidak berlesen ataupun
00:18ulat foto di sekitar Kuala Lumpur City Center KLCC.
00:24DBKL dalam satu kenyataan berkata cadangan itu sedang dikaji sebagai pendekatan kawas selia yang lebih proaktif sekaligus memastikan aktiviti fotografi
00:32dapat dikawal dengan lebih teratur tanpa menjejaskan pengalaman pelancong.
00:36Jelasnya penguatkuasaan terhadap jurugambar tidak berlesen di sekitar KLCC dilaksanakan secara berterusan dan bukannya bermusim dengan pemantauan serta tindakan seperti
00:45amaran, kompaun dan sitaan dibuat dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan pelancong.
00:50Bagaimanapun, menurut DBKL, isu itu sukar dibantra sepenuhnya berikutan permintaan berterusan daripada pelancong sendiri yang mendapatkan perkhidmatan itu sekaligus mendorong
00:59individu tidak berlesen untuk terus beroperasi.
01:01Sebelum ini, media melaporkan seramai 18 lelaki ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam rusuhan dan serangan dihadapan KLCC pada 22
01:09Mac lalu yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan membabitkan kumpulan ulat foto di kawasan tumpuan pelancong berkenaan.
01:16Selain itu, DBKL berkata pihaknya turut berdepan cabaran kerana aktiviti berkenaan mudah bergerak menjadikan penguatkuasaan secara menyeluruh agak mencabar.
01:24Katanya DBKL sudah memperkukuh pendekatan sedia ada termasuk cadangan pemasangan papan tanda peringatan di lokasi strategik bagi mengingatkan semua pihak
01:32mengenai larangan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan tanpa lisin termasuk pengambilan gambar atau jualan perkhidmatan berbayar.
Comments

Recommended