00:00Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Beladin, Sarawak tengah hari
00:09semalam.
00:09Tiada kecederaan dilaporkan dan kelima-lima mangsa termasuk kanak-kanak terselamat sepenuhnya hasil tindakan pantas komuniti setempat dan bomba sekerela.
00:18Dalam kejadian kira-kira 12.55 tengah hari, sepasang suami isteri bersama dua anak lelaki dan seorang anak perempuan hanya
00:26mampu menyaksikan rumah tidak kekal milik mereka ranap 100% di jilat api.
00:31Pihak bomba sekerelawan PBS Beladin yang tiba awal bertindak pantas menggunakan sumber air pipe bagi mengawal kebakaran dan seterusnya menghalang
00:39api merebak ke deretan rumah berhampiran.
00:42Juru cakap bomba berkata jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Saratok mengambil masa lebih sejam untuk tiba ke lokasi
00:49berikutan jarak yang jauh iaitu sekitar 76 km.
00:53Kerjasama penduduk setempat banyak membantu usaha pengawalan kebakaran sebelum pemadaman penuh dilakukan.
00:59Mangsa kini tinggal sehelai sepinggang dan memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan selepas musibah tersebut.
Comments