Skip to playerSkip to main content
Cuaca panas: Belum ada keperluan laksana PdPR di Terengganu

Belum ada keperluan untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di negeri ini berikutan keadaan cuaca panas yang masih terkawal, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

​Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, setakat ini murid dan pelajar masih boleh hadir ke sekolah dengan selamat memandangkan Terengganu hanya mencatatkan suhu maksimum 33 darjah Celsius.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773317/edisi/terengganu/cuaca-panas-belum-ada-keperluan-laksana-pdpr-di-terengganu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu #PdPR #CuacaPanas #Kesihatan #Sekolah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pendidikan Negeri Tengah ini sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga
00:04dalam menghadapi keadaan cuaca panas
00:09seperti mana yang telah diwarah-warahkan di media sosial.
00:13Dan Jabatan Pendidikan Negeri Tengah ini telah pun mengambil langkah awal
00:16terutamanya pada minggu terakhir pada bulan Ramadan lagi memberi peringatan
00:19kepada semua pengetua berbesar kita yang sebanyak 507 buah sekolah
00:25dan yang melibatkan hampir 10 juta pelajar kita di Tengah ini.
00:28dan Jabatan Pendidikan Negeri Tengah ini juga menjunjung kasih atas titah perintah
00:32yang di Putuan Lagun sendiri yang begitu cakna kepada keselamatan dan kesihatan anak-anak kita.
00:39Dan KPM juga telah pun menghantar peringatan, memo dan sebagainya kepada kita
00:46dan antara perkara yang kita telah laksanakan dengan segera
00:52pemakluman kepada semua sekolah itu sekiranya suhu sekolah melebih 35 darjah celsius
00:58Semua aktiviti, kita telah keluarkan arahan, semua aktiviti yang melibatkan
01:03aktiviti outdoor, tak kira sama ada sukan permainan, uniform, club, satuan, apa-apa saja
01:07Aktiviti termasuklah di bawah penganjuran BSKK
01:11saya rasa sudah sering maklum oleh KPM, termasuklah aktiviti-aktiviti
01:16daripada NGO rakan-rakan strategik daripada JPN, kita akan tangguhkan sementara
01:20sehinggalah keadaan cuaca lebih baik.
01:22Yang penting ialah kesihatan anak-anak kita dapat adik ke sekolah dan dapat belajar dengan baik
01:26tanpa apa-apa gangguan walaupun dalam situasi cuaca hari ini.
01:29Kita pun sentiasa diingatkan, dimaklumkan oleh pihak BPSS
01:33status cuaca di Tengganu dan setakat ini Tengganu tidak disenaraikan negeri
01:37dalam keadaan yang sangat berisiko untuk cuaca ini lah
01:40tapi kita akan sentiasa mendengar nasihat dari semasa ke semasa
01:44daripada Jabatan Meteorologi, daripada KKM dan juga daripada KPM lah
01:48untuk kita mengambil tindakan segera untuk menghadapi situasi yang ini lah
01:53dan percayalah bahawa ni Tengganu insyaAllah akan selamat nanti insyaAllah.
Comments

Recommended