Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Cuaca panas dan kering menyebabkan habitat ular terganggu, mendorong reptilia berbisa memasuki kawasan perumahan. Hampir 2,000 ular ditangkap di Terengganu setakat Mac, dengan purata lebih lima kes sehari di Kuala Terengganu.
Transcript
00:00Cuaca panas dan kering ketika ini bukan sahaja menyebabkan kes kebakaran terbuka melonjak, malahan kes tangkapan ular juga turut meningkat.
00:09Pegawai Pertahanan Awam Daerah PPAD Kuala Terengganu, Mahmoud Hanafi Hamzah berkata, setakat Mac tahun ini, hampir 2,000 ular telah
00:16ditangkap di seluruh negeri Terengganu.
00:20Katanya, bagi daerah Kuala Terengganu sahaja, sebanyak 632 kes telah direkodkan di mana purata lebih 5 kes sehari dikendalikan pihaknya.
00:30Peningkatan tangkapan ular ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya yang banyak menyumbang adalah dari segi peningkatan suhu, cuaca yang
00:42panas ini.
00:43Jadi, dia punya habitat itu banyak yang terbakar, jadi dia mencari perlindungan di tempat-tempat yang lebih sejuk dan kebanyakan
00:53kawasan-kawasan yang telah diterukai oleh manusia ini,
00:56jadi dia akan masuk ke dalam kawasan perumahan ini lah, kawasan yang didiamin oleh manusia.
01:01Beliau berkata antara spesies ular yang paling banyak ditemukan adalah tedung selar, tedung senduk dan sawa batik.
01:08Jelasnya lagi kebanyakan ular yang ditangkap pihaknya melibatkan kawasan penduduk, kawasan pembinaan serta lombong.
01:13Justeru itu orang ramai diingatkan agar lebih bawah sepada dengan ancaman haiwan berbisa.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended