Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
China membuka laluan penerbangan terus pertama Beijing–Helsinki, dikendalikan China Southern Airlines. Perkhidmatan tiga kali seminggu ini dijangka memudahkan perjalanan ke Eropah dan mengukuhkan hubungan China–Nordic.

Category

🗞
News
Transcript
00:00China melancarkan laluan penerbangan terus pertama menghubungkan Beijing dengan ibu negara Finland Helsinki di lapangan terbang antarabangsa Dazing pada Ahad.
00:10Ini menandakan pembukaan laluan udara baru antara China dan rantau Nordic.
00:15Laluan ini dikendalikan oleh China Southern Airlines dan menawarkan penerbangan pergi balik antara kedua-dua bandar sebanyak tiga kali seminggu
00:22dan perkhidmatan ini dijangka meningkat kepada setiap hari bermula Jun.
00:28Menurut wakil syarikat, penerbangan baru ini memudahkan penumpang dari 50 bandar di China untuk ke Finland dan seterusnya ke destinasi
00:36lain di Eropah.
00:37Ia juga dijangka mengukuhkan kerjasama ekonomi, perdagangan, pelancongan dan hubungan antara rakyat China dan Finland termasuk negara Nordic lain.
00:46China telah lama menjadi rakan dagang terbesar Finland di Asia, manakala Finland pula merupakan rakan dagang ketiga terbesar China di
00:53rantau Nordic.
00:54Tahun lalu jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah 8.26 bilion dolar Amerika, meningkat sebanyak 60 juta dolar berbanding
01:02tahun sebelumnya.
01:03Ahad juga menandakan permulaan jadual penerbangan musim panas hingga musim luruh bagi syarikat penerbangan China yang akan berlangsung sehingga Oktober.
01:11Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended