00:00Mesir memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk mempermudah penyaluran 374 tan bantuan kemenusaan dari Malaysia kepada penduduk Palestine di Gaza
00:09melalui pintu sempadan rafah bermula pada April ini.
00:12Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu dicapai hasil perbincangan beliau bersama-sama Presiden Mesir, Abdel Fattah LCC
00:19baru-baru ini, bagi memohon kerjasama negara itu dalam melancarkan urusan logistik penghantaran barangan bantuan berkenaan.
00:28Jelasnya dalam kenyataan di Facebook, Presiden Mesir memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah.
00:35Ia sekaligus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100 ribu penduduk Gaza yang amat memerlukan.
00:42Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan khususnya daripada rejim Zionis Israel yang
00:49terus merencakkan usaha kemanusiaan berkenaan.
00:52Ujarnya ketika mana dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan
01:01hak mereka yang tertindas.
01:03Anwar turut memohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara di Gaza.
Comments