Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang lelaki direman empat hari bagi siasatan kes kemalangan maut di Jalan Raya Barat, Klang. Suspek disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Dadah Berbahaya selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Transcript
00:04Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya
00:12Barat di Kelang pada Ahad ditahan Rehman selama 4 hari.
00:16Perintah tahanan Rehman sehingga Kamis terhadap suspek berumur 20-an itu dikeluarkan oleh Magistret Siti Zubaidah Mahat.
00:25Suspek di Rehman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 Kurungan
00:331 Kurungan A Akta Dadah Berbahaya 1952.
00:36Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kelang Selatan, SUP Lim Jit Hui, memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang
00:44berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat.
00:48Beliau berkata insiden kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa seorang lelaki berusia 30-an tercampak ke atas bumbung
00:56kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
01:00Sesatan awal mendapati kereta Honda City dipandu suspek menghala ke Bandar Kelang dalam keadaan laju dan berbahaya serta dipercayai memotong
01:09beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.
01:14Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia.
01:21Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh
01:29sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain.
Comments

Recommended