Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Media Iran mendedahkan senarai kemudahan industri di Israel dan lima negara Teluk yang diberi amaran oleh Tehran dan berpotensi menjadi sasaran serangan. Ancaman dibuat susulan serangan udara AS–Israel ke atas infrastruktur Iran, termasuk Syarikat Keluli Khuzestan. Konflik Iran–AS–Israel kini memasuki fasa paling meruncing dengan kesan besar kepada pasaran global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00di mana Iran memberi amaran potensi untuk menyerang beberapa tapak kemudahan industri di Israel dan lima negara teluk.
00:06Media Iran telah menyerangkan beberapa tapak industri merangkumi beberapa syarikat perindustrian dan keluli utama di rantau tersebut
00:12susulan siri serangan udara Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu.
00:18Menurut laporan itu, antara syarikat yang tersenarai adalah Saudi Iron & Steel Company, Hadid di Arab Saudi,
00:24Emirates Steel Arkan di Emirat Arab Bersatu dan Qatar Steel di Qatar.
00:28Dan selain itu, syarikat Full Life Holding di Bahrain, United Steel Industrial Company di Kuwait dan Yehuda Steel di Israel
00:35turut tersenarai.
00:37Pada Jumat, Komander Pasukan Ero Angkasa Korp Pengawal Revolusi Iran IRGC, Majid Musawi memberi amaran
00:42bahawa Iran akan melaksanakan tindak balas setimpal terhadap serangan yang menyasarkan infrastruktur negaranya.
00:48Ancaman itu, susulan serangan udara gabungan Amerika Syarikat dan Israel yang mengenai syarikat keluli Quzestan di Iran pada Sabtu
00:55menyebabkan kemudahan pengeluaran utama musnah dan operasi terpaksa dihentikan.
Comments

Recommended