Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jasad seorang nelayan berusia 41 tahun yang hilang di perairan Pantai Tanjung Leman ditemui lemas di persisiran pantai Tanjung Rhu pada jam 1.45 pagi. Operasi SAR oleh JBPM Mersing melibatkan lapan anggota dan penduduk kampung ditamatkan selepas penemuan mangsa. Pihak berkuasa menyeru nelayan utamakan keselamatan di laut.
Transcript
00:00Mayat seorang nelayan yang hilang di perairan pantai Tanjung Leman ditemukan lemas di persiciran pantai berhampiran Tanjung Ru awal pagi
00:07semalam.
00:08Pegawai Bomber Kanan 2 Iqmai Hafiz Syamsuddin berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 1.45 pagi oleh orang awam yang
00:15turut membantu usaha pencarian di kawasan berkenaan.
00:18Penemuan mangsa berusaha 41 tahun itu sekaligus menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan pihak berkuasa sejak malam Sabtu.
00:25Sebelum itu, Balai Bomber dan Penyelamat BBP Mersing menerima panggilan kesempatan pada pukul 8.36 malam berkaitan kehilangan nelayan terbabit.
00:33Seramai 8 anggota bomber digerakkan bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dan kenderaan utiliti ke lokasi kejadian yang terletak
00:40sekitar 69km dari balai.
00:42Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum jasadnya diserahkan kepada polis diraja Malaysia untuk urusan
00:50bedah siasat dan tindak kelanjut.
00:51Pihak berkuasa menasihatkan nelayan agar mengutamakan keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan dan memantau cuaca sebelum turun ke laut.
Comments

Recommended