Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi paling berdaya tahan di Asia dalam suasana ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat susulan konflik berterusan di Asia Barat.
Transcript
00:00Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat
00:08akibat konflik berterusan di Asia Barat.
00:11Dalam wawancara dengan stesen media CNBC baru-baru ini, Ketua JP Morgan bagi Asia merangkap Ketua Bersama Strategi Ekuiti Pasaran
00:18Pesat Membangun Global, Rajif Batra berkata,
00:21setelahnya China dan Malaysia, kebanyakan ekonomi di rantau ini dilihat lebih terdedah kepada kejutan tenaga.
00:29Beliau berkata kekuatan Malaysia terletak kepada profil eksport tenaga dan rangka kerja dasar yang berdisiplin yang menyediakan penampan terhadap tekanan
00:35luaran.
00:36Jelasnya defisit fiskal Malaysia terkawal dengan baik berikutan dasar kerajaan dan kadar inflasi yang tidak terlalu tinggi.
00:42Menurutnya, faktor-faktor ini membantu menyokong bukan sahaja pasaran ekuiti negara malah mata wangnya dalam keadaan tekanan luaran.
00:49Sementara itu, Rajif berkata China hanya bergantung kepada import sebanyak 5% sahaja daripada penjanaan elektriknya,
00:55manakala sebahagian besar elektrik dijana dalam negara itu sendiri.
00:59Selain itu, China mengekalkan rezak strategi yang besar dan mempunyai kemampuan untuk meningkatkan sumber tenaga alternatif,
01:04termasuk aram batu dan tenaga boleh berharus sekiranya perlu.
01:08Rajif berkata, prospek ekonomi secara umumnya masih tidak menentu dan sekiranya ketegangan geopolitik terus menjejaskan rantaian bekalan minyak dan gas,
01:15terutama melalui kerusakan infrastruktur dan kelewatan logistik, pertubuhan global mungkin menghadap tekanan.
01:21Bagi pasaran ekuiti, Rajif berkata kesan yang cepat dijangka berlaku kepada sektor yang sensitif terhadap tenaga seperti barangan pengguna, utiliti
01:29dan industri hiliran.
01:30Beliau bagaimanapun berkata, jika situasi itu berlarutan, keadaan ini boleh mencetuskan impak meluas terhadap kewangan, teknologi, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended