Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 700 kes kebakaran terbuka melibatkan belukar dan lalang direkodkan di Perak dari Januari hingga Mac 2026. Kerajaan negeri memberi amaran cuaca panas sehingga 37°C meningkatkan risiko kebakaran. JBPM Perak mengekalkan kesiapsiagaan 80% anggota, sementara pelaksanaan denda hingga RM2,000 dan PKM bagi kes buang sampah sedang diselaras.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 700 kes kebakaran terbuka melibatkan belukar dan lalang direkodkan di Perak bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini,
00:09menjadikannya kategori tertinggi direkodkan setiap bulan setakat ini.
00:13Pengurusi Jantaukasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandria Ng Shiching berkata,
00:18keadaan cuaca panas dan kering ketika ini meningkatkan risiko kebakaran terbuka di seluruh negeri.
00:25Menurut beliau, data Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia menunjukkan beberapa daerah termasuk Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar
00:34kini berada pada tahap satu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
00:42Selain belukar dan lalang, Statistik Jabatan Boba dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak melaporkan kebakaran sampah,
00:49mencatatkan 157 kes, kebakaran hutan 53 kes dan kebakaran kebun 47 kes.
00:55Ng menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dalam apa juga keadaan kerana ia menyalahi undang-undang
01:02dan boleh menyebabkan api merebak dengan cepat terutama ketika cuaca panas dan kering.
01:06Sementara itu, pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidun berkata pihaknya mengekalkan tahap kesiapsaagaan 80% kekuatan anggota sepanjang tempoh cuaca
01:16panas.
01:16Katanya, antara 950 hingga 1000 anggota bomba sentiasa dalam keadaan siap-siaga termasuk ketika musim perayaan
01:24dengan sistem cuti berjadual bagi memastikan operasi tidak terjejas.
Comments

Recommended