00:00Angkatan Muda Keadilan AMK mencabar pihak yang mendakwa seorang ahli parlimen dari PKR menerima 9.5 juta ringgit supaya menamakan
00:11wakil rakyat tersebut.
00:13Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Muni berkata pihak berkenaan tidak perlu berselindung dan bermain wayang sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan
00:23rakyat.
00:47Mengulas lanjut Kamil berkata tindakan pihak berkenaan sebenarnya cuba mengalih usaha kerajaan selama ini.
00:53untuk membantras kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.
00:59Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Victor Chin mendedahkan mengenai penyerahan 9.5 juta ringgit yang didakwa diminta seorang ahli
01:06parlimen PKR sebagai penyelesaian isu skandal mafia korporat.
01:11Dia menyebut beberapa watak termasuk Mr R namun sengaja tidak menamakan individu sebenar yang dimaksudkan.
Comments