Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berpandangan, dasar bekerja dari rumah dilihat tidak sesuai untuk dilaksanakan secara menyeluruh dalam sektor kerajaan negeri.
Transcript
00:00Dasar bekerja dari rumah dilihat tidak sesuai untuk dilaksanakan secara menyeluruh dalam sektor kerajaan negeri.
00:08Perkara itu disuarakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof.
00:12Beliau berpandangan pelaksanaan dasar itu perlu diperhalusi dan diteliti dengan lebih mendalam,
00:18memandangkan cadangan itu dilihat lebih tertumpu kepada sektor korporat.
00:25Menurut AB Rauf, tidak semua sektor mampu melaksanakan kaedah kerja berkenaan kerana masih memerlukan kehadiran fizikal
00:32bagi memastikan kelancaran operasi organisasi.
00:35Kata beliau, sebarang pelaksanaan dasar itu perlu mengambil kira kesesuaian portfolio
00:40serta keupayaan sesuatu sektor sebelum ia boleh dilaksanakan secara lebih meluas.
00:46Jadi dalam galakan bekerja dari rumah ini, tengok portfolio mana yang boleh digunakan untuk bekerja dari rumah.
00:53Dia tak semua sektor boleh buat kerja pada rumah kerana masih lagi memerlukan kaedah fizikal
00:57untuk menyusun atur organisasi tersebut.
01:01Jadi perlu diperhalusi, perlu diteriti dan baru kita melihat bagaimana keboleh upayaan
01:08bekerja dari rumah ini dilaksanakan di peringkat swasta.
01:12Saya rasa tak mungkin berlaku di peringkat kerajaan.
01:14Dalam pada itu, mengulas keadaan cuaca panas ketika ini,
01:18Ebi Raouf berkata kerajaan negeri sedang memantau paras air di empangan
01:22dan setakat ini, keadaan masih terkawal serta belum memerlukan pelaksanaan catuan air.
01:28Menurutnya, sekiranya cuaca panas berterusan,
01:31kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk mengumumkan langkah tambahan
01:35bagi memastikan bekalan air terus mencukupi.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended