Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Hampir 700 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 800,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan operasi ketenteraan Israel terhadap kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan.
Transcript
00:00Hampir 700 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 800,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan operasi ketenteraan Israel terhadap
00:11pejuang Hezbollah di Lubnan.
00:13Serangan itu bermula selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap sekutu Hezbollah, Iran pada 28 Februari lalu yang menyebabkan kematian
00:23pemimpin tertinggi Tehran.
00:28Sejak itu Hezbollah meneruskan serangan roket dan drone hampir setiap hari manakala Israel memperluas operasi darat dan serangan udara.
00:37Tentera Israel turut mengebom ibu negara Lubnan, Beirut pada Khamis selain beberapa kawasan lain di negara itu pada Jumaat.
00:45Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan memberi amaran bahawa kekangan dana memaksa mereka menghadkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
00:56Timbalan pengarah eksekutif World Food Program WFP Karl Skau berkata, bantuan kini hanya dapat diberikan kepada mereka yang berada di
01:06ambang kebuluran atau sudah mengalami kebuluran.
01:10Pertubuhan Kemanusiaan turut memaklumkan pelbagai krisis global menjejaskan keupayaan mereka untuk bertindak balas di Lubnan,
01:17sebuah negara yang sudah pun terkesan akibat kejatuhan ekonomi pada 2019, letupan pelabuhan Beirut pada 2020, serta perang antara Hezbollah
01:27dan Israel pada 2024.
01:30Skau turut menyuarakan kebibangan bahawa kerajaan penderma mungkin berdepan kekangan bajet baru susulan kenaikan harga tenaga global,
01:39yang dicetuskan oleh konflik melibatkan Iran.
Comments

Recommended