00:00Individu yang disenarai hitamkan disebabkan saman sistem keselamatan kesadaran automatik awas boleh menyahaktifkan status berkenaan menerusi aplikasi MyJPJ bermula pada
00:1218 Mac ini.
00:13Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Datuk Eddie Fadli Ramli, langkah itu bagi memudahkan pengguna jalan raya menyelesaikan saman
00:22sekaligus membolehkan mereka memperbaharu lesen kenderaan motor LKM tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.
00:33Katanya pengguna yang dikenakan saman awas boleh memanfaatkan kemudahan itu dengan membuat bayaran terus melalui aplikasi MyJPJ.
00:43Bagaimanapun tiada potongan diberikan terhadap saman lama kecuali saman awas yang diterima tahun ini yang ditawarkan potongan secara berperingkat antara
00:52RM150, RM200 dan RM300 mengikut tempoh bayaran dibuat.
00:59Eddie Fadli berkata bagaimanapun pembayaran melalui MyJPJ tersebut tidak melibatkan saman notis temusiasat 114 serta saman yang tidak boleh dikompong
01:10kerana kes itu perlu diselesaikan di mahkamah.
01:13Beliau berkata bagi individu yang dikenakan notis temusiasat mereka perlu hadir bagi melengkapkan siasatan terhadap kesalahan lalu rintas yang dilakukan.
01:23Jika mereka tidak hadir, status akan disenarai hitamkan dan mereka tetap perlu datang ke JPJ untuk menyelesaikannya.
01:31Dalam pada itu, Eddie Fadli berkata, bersempena dengan sambutan Aidilfitri, pihaknya akan menguatkuasakan larangan pemanduan kenderaan barangan road dan selaras
01:42dengan pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Locke.
01:45Beliau berkata, langkah itu akan dikuatkuasakan selama 4 hari iaitu pada 19 hingga 20 Mac serta 28 hingga 29 Mac
01:55bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar di lebur raya dan jalan utama di seluruh negara.
Comments