00:00Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius penyebaran satu dokumen tular di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan
00:09waktu solat sunat Aidilfitri Negeri itu.
00:12Jabatan berkenaan memaklumkan bahawa untuk maklumat orang ramai, dokumen tersebut adalah palsu dan bukan dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
00:21Katanya orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri
00:30Pahang atau pihak berkuasa agama Negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
00:35Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini
00:43berterusan.
00:44Katanya kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai.
00:51Tular penyebaran dokumen di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri Negeri itu pada
00:59jam 8.45 pagi 20 Mac ini.
Comments