00:00Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestine terbunuh manakala lima yang lain termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam beberapa serangan berasingan oleh
00:08Israel di timur bandar Gaza dan utara Semenanjung Gaza pada Jumaat.
00:13Menurut sumber perubatan di Gaza, kejadian terbaru ini melibatkan siri tembakan yang dilakukan oleh ketenteraan Israel terhadap kem pelarian termasuk
00:22serangan menggunakan drone ke atas kawasan kejiranan di wilayah tersebut.
00:30Tiga mangsa yang merupakan remaja dan lelaki muda dibawa ke Hospital Al-Ahli Arab di tengah bandar Gaza selepas mereka
00:37diserang drone ketika berada di Jalan Mushtaha, kawasan kejiranan Sujaiha di timur bandar itu.
00:43Mereka dikenal pasti sebagai Mahmud Sahir Al-Sikli, 17 tahun, Yunis Said Ayat, 17 tahun dan Abdullah Taishir Shumir, 20
00:53tahun.
00:53Dalam insiden berasingan, empat lagi warga Palestine cedera selepas sebuah drone Israel menjatuhkan bom tangan di kawasan kejiranan Tufah juga
01:03di timur bandar Gaza.
01:05Menurut pasukan perubatan, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Lapangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestine di dataran Al-Saraya.
01:13Manakala di utara Gaza, seorang kadang-kadang dilaporkan cedera sederhana selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah Kemp Pelarian Halawa
01:22di bandar Jabaliah.
01:23Difahamkan, kawasan-kawasan yang disasarkan itu terletak di luar zon yang kini dikuasai tentera Israel di mana Israel masih menduduki
01:33lebih 50% wilayah berkenaan meskipun terdapat perjanjian gejata-senjata.
01:38Sejak 8 Oktober 2023, serangan oleh Israel ke atas Gaza diteruskan dalam pelbagai bentuk mengakibatkan lebih 72,000 rakyat Palestine
01:48terbunuh, 172,000 cedera serta memusnahkan 90% infrastruktur awam di wilayah itu.
Comments