Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Amerika Syarikat (AS) memusnahkan sasaran ketenteraan di hab minyak utama Pulau Kharg milik Iran pada Jumaat, kata Presiden Donald Trump sambil memberi amaran bahawa infrastruktur minyak negara itu boleh menjadi sasaran jika Tehran terus melancarkan serangan yang menjejaskan laluan kapal di Selat Hormuz.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dilaporkan menyerang hak minyak utama Pulau Kak milik Iran pada Jumaat.
00:05Perkara itu disahkan Presiden Donald Trump sambil memberi amaran bahawa infrastruktur minyak negara itu
00:11boleh menjadi sasaran jika Tehran terus melancarkan serangan yang menjejaskan laluan kapal di Selat Hormuz.
00:20Pulau Kak berfungsi sebagai terminal ekspor bagi kira-kira 90% penghantaran minyak Iran.
00:26Dalam satu hantaran di media sosial, Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat telah memusnahkan sepenuhnya
00:32setiap sasaran ketenteraan di Pulau itu namun membiarkan kemudahan minyak kekal utuh.
00:38Namun jika Iran atau sesiapa saja cuba mengganggu laluan bebas dan selamat kapal melalui Selat Hormuz,
00:45beliau akan segera menimbang semula keputusan itu.
00:48Trump turut mendakwa Iran tidak mempunyai keupayaan mempertahankan diri daripada serangan Amerika Syarikat
00:55dan menggesa pasukan tenteranya meletakkan senjata.
00:59Pulau Kak terletak kira-kira 26km dari pantai Iran dan sekitar 483km di barat laut Selat Hormuz.
Comments

Recommended