Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
KPDN Selangor dan APMM Selangor menjalankan operasi khas selama tiga hari di perairan Pelabuhan Klang, melibatkan pemeriksaan ke atas 50 kapal dan bot bagi membanteras penyeludupan barang kawalan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Selangor dan Agensi Penguatkuasaan Mariti Malaysia, RPMM Selangor telah menjalankan pemeriksaan terhadap
00:1050 kapal serta bot dalam operasi khas di perairan Pelabuhan Kelang bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan.
00:19Pengarah KPDN Selangor, Mohd Hanif Asaari berkata, operasi selama 3 hari bermula 11 Mac itu melibatkan 25 anggota penguatkuasa terdiri
00:29daripada 15 pegawai KPDN dan 10 anggota RPMM dengan penggunaan aset laut bagi memantau aktiviti perdagangan di kawasan pelabuhan.
00:40Operasi bersama itu dilaksanakan bagi memastikan pengusaha bot nelayan, feri, kapal tangki dan kargo mematuhi perundangan serta peraturan yang termaktub
00:50di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
00:54Beliau berkata operasi itu turut memberi tumpuan kepada kapal dagang dari dalam dan luar negara yang menjalankan aktiviti perdagangan di
01:01pelabuhan utama termasuk Northport dan Westport.
01:04Selain itu, Mohd Hanif memaklumkan pemeriksaan juga membabitkan jeti butter trade dan jeti persendirian di sekitar pelabuhan kelang yang menjalankan
01:13aktiviti perdagangan melibatkan barang kawalan.
01:16Katanya setiap alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan urus niaga di atas kapal atau bot perlu ditentu sahkan
01:23oleh pihak berwibawa bagi memastikan ketepatan ukuran semasa transaksi perdagangan.
01:29Sepanjang pemeriksaan dijalankan, KPDN Selangor telah memberikan advokasi serta amaran kepada pengendali kapal supaya memastikan setiap alat timbang dan sukat
01:39yang digunakan telah ditentu sahkan dan masih dalam tempoh sah.
01:44Beliau berkata, pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara hingga 3 tahun atau kedua
01:52-duanya.
01:53Turut hadir pengarah APMM Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaymin Muhammad Saleh.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended