Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pentadbiran Venezuela bersama Colombia menyatakan komitmen untuk bekerjasama mendesak penamatan sekatan Amerika Syarikat ke atas Venezuela. Pemangku Presiden, Delcy Rodriguez menegaskan sekatan unilateral AS bukan sahaja menjejaskan rakyat Venezuela, tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi Amerika Latin, termasuk Colombia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pentadbiran Venezuela bersama Colombia bersetuju bagi membina kerjasama dalam menghentikan sekatan Amerika Syarikat ke atas Venezuela.
00:08Perkara tersebut disampaikan oleh pemangku Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez, yang juga menegaskan bahawa sekatan tersebut bukan sahaja menjejaskan rakyat Venezuela,
00:19tetapi turut memberi kesan kepada seluruh rantau Amerika Latin.
00:51Sementara itu, menurut laporan dikeluarkan agensi antarabangsa memaklumkan, Rodriguez sedang giat menarik pelabur dalam sektor minyak dan pelombongan,
00:59sebagai langkah menstabilkan negara selepas penangkapan Maduro oleh pasukan Amerika Syarikat.
01:06Difahamkan, Colombia dan Venezuela mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang rapat, terutama di kawasan sempadan yang menempatkan ramai keluarga dui
01:15negara.
01:16Sebelum ini, hampir 3 juta pelarian Venezuela kini menetap di Colombia setelah melarikan diri daripada kemerosotan ekonomi di tanah air
01:24mereka.
Comments

Recommended