00:00Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Sri Mohd Sabu akan mengarahkan pegawainya yang tinggal di rumah atas tanah memulakan tanaman
00:09yang memberi pulangan hasil cepat.
00:11Beliau berkata amalan itu bukan berbentuk arahan namun satu galakan agar kakitangan yang tinggal di rumah atas tanah dapat menanam
00:19sendiri sayur-sayuran asas bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembelian di pasaran.
00:26Untuk kementerian di rumah-rumah kakitangan, kakitangan kementerian ada banyak ribu, saya ingat angka ramai dan mereka ada duduk di
00:38kampung, ada yang duduk di bandar, yang duduk di rumah pangsar itu susah lah, tapi yang duduk di atas tanah,
00:46landed house.
00:46Kita minta kalau boleh buka arahan, dia minta galakan. Daripada pokok bunga itu biarlah kita ganti dengan pokok terung, gantikan
00:56dengan sawi.
00:57Mohd berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sentuhan Ikhlas Bersama Bernas dan KPKM di Sya'alam pada Jumaat.
01:05Menurut Mohd, amalan menanam sayur seperti terung atau sawi boleh menggantikan tanaman hiasan seterusnya, memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti
01:14setempat.
01:15Setakat ini saya belum cek, saya sendiri buat lah. Itu yang di rumah saya tu yang tenang ikan, tenang limau,
01:23ada yang kucai, ada daun selong, bunga kantan, semua ada di rumah.
01:29Galakan itu selari dengan usaha kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan serta mempromosikan gaya hidup lebih mampan dalam kalangan rakyat.
Comments