00:00Seterusnya, Angkatan Tentera serta Polis Indonesia diarahkan supaya menggerakkan kapal dan aset logistik bagi membantu melancarkan pergerakan besar rakyat negara
00:10itu pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
00:14Arahan tersebut disampaikan oleh Presidennya Prabowo Subianto yang menekankan supaya persiapan menghadapi mundik iaitu tradisi rakyat Indonesia untuk pulang ke
00:23kampung halaman berjalan dengan lancar.
00:29Beliau turut memaklumkan bahawa aset milik Tentera Nasional Indonesia TNI termasuk kapal tentera laut dan tentera darat akan digerakkan dengan
00:37penyelarasan bersama Kementerian Pengangkutan bagi menyokong kelancaran perjalanan rakyat.
00:43Prabowo turut mengarahkan Panglima TNI, Agus Subianto serta Ketua Polis Negara, Lisio Sigit Prabowo agar memanfaatkan semua kemudahan dan aset
00:53yang ada bagi membantu operasi tersebut.
00:56Jelasnya tumpuan utama ketika ini ialah persiapan menghadapi mudik iaitu fenomena tahunan yang menyaksikan puluhan juta rakyat Indonesia melakukan perjalanan
01:06pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri.
01:10Prabowo juga mengingatkan semua kementerian dan agensi supaya melakukan persiapan rapi bagi memastikan perjalanan pulang rakyat berjalan lancar.
01:18Tegasnya Aidilfitri perlu disambut dengan perjalanan yang selamat, selesa dan mengembirakan rakyat.
01:25Beliau menjelaskan walaupun banyak negara berdepan pelbagai krisis, Indonesia ketika ini masih berada dalam keadaan terkawal.
01:34Selain itu, Prabowo turut memberi jaminan bahawa negara itu mempunyai keupayaan untuk menghadapi sebarang pergolakan antarabangsa.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments