00:00Polis akan mengambil tindakan menarik balik permit penjualan mercun dan bunga api sekiranya berlaku pelanggaran syarat susulan kejadian kebakaran sebuah
00:09gerai menjual barangan letupan tersebut di Kampung Gong Limau, Cukai pada Jumaat.
00:14Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supretenden Mohd Razie Rosli, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta
00:25menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap peniaga berkenaan.
00:31Tegasnya permit penjualan boleh ditarik balik sekiranya siasatan mendapati wujud unsur kecuaian di pihak peniaga sehingga menyebabkan berlakunya kejadian berkenaan.
00:42Beliau berkata, peniaga berkenaan sebelum ini telah memperoleh permit untuk menjalankan aktiviti penjualan mercun dan bunga api sempena sambutan Hari
00:51Raya Aidilfitri di lokasi tersebut.
00:53Katanya setakat ini pemilik bersama dua pekerja gerai tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
01:02Sementara itu katanya hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai berlaku ketika peniaga gerai berkenaan keluar membeli makanan untuk bersahur
01:12di sebuah kedai makan berhampiran.
01:14Kes disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Kesiksaan kerana kecuaian berkaitan api atau bahan mudah terbakar.
01:22Pada masa sama, Mohd Razie berkata beliau menasihatkan peniaga mercun dan bunga api yang telah memperoleh permit menjual bahan letupan
01:30itu supaya mematuhi syarat-syarat ditetapkan untuk mengelakkan kejadian lebih buruk.
Comments