Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang lelaki cedera selepas disamun sekumpulan empat lelaki bersenjata dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Aman, Sungai Pelek, awal pagi Jumaat.
Transcript
00:00Seorang lelaki cedera selepas disamun sekumpulan empat lelaki bersenjata dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Amai Sungai Pelek awal pagi
00:09jemaat.
00:10Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30
00:19pagi.
00:19Ketika kejadian, mangsa berusia 35 tahun yang juga seorang lelaki warga tempatan berada di rumah bersama keluarganya sebelum didatangi beberapa
00:29suspek yang dipercayai seramai empat orang yang bersenjata.
00:33Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat diserang suspek.
00:39Mangsa kemudiannya menerima rawatan di hospital Tuan Kujafas Remban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
00:46Norhizam berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Palang 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda
00:58dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
01:01Katanya usaha mengesan dan menangkap semua suspek sedang giat dijalankan.
01:05Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hussaini Helmi di talian 019-8966-292 atau
01:18mana-mana balai polis berhampiran.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended