Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri luar dan ekonomi negara anggota ASEAN pada Jumaat menggesa agar konflik di Asia Barat dihentikan segera, susulan kebimbangan peningkatan harga minyak dan gangguan perdagangan global yang mula memberi kesan kepada ekonomi Asia Tenggara.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Menteri Luar dan Ekonomi Negara Anggota ASEAN pada jemaat menggesa agar konflik di Asia Barat dihentikan segera.
00:09Ini susulan kebimbangan peningkatan harga minyak dan gangguan perdagangan global yang mula memberi kesan kepada ekonomi Asia Tenggara.
00:20Beberapa negara anggota blok serantau itu juga dilaporkan mula melaksanakan langkah bagi mengurangkan impak ekonomi termasuk menjimatkan penggunaan tenaga,
00:30menstabilkan pasaran domestik serta melindungi sektor yang terdedah seperti pelancongan.
00:36Menteri Luar Filipina Ma Teresa Lazaro berkata ASEAN menyuarakan kebimbangan serius terhadap situasi di Asia Barat dan kesannya terhadap rantau
00:46ini.
01:07Menurut beliau, ASEAN terus menggesa semua pihak yang terlibat supaya menahan diri sepenuhnya bagi mengelakkan konflik menjadi lebih buruk.
01:17Filipina yang mempengerusikan ASEAN tahun ini mengadakan mesyuarat khas itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap konflik melibatkan Iran.
01:26Para menteri turut menggesa rantaian bekalan tenaga global terus dibuka serta mengaktifkan mekanisme serantau bagi mengurangkan kesan ekonomi daripada konflik
01:36tersebut.
01:37Terima kasih telah menonton!
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended