00:00Kesemua enam kru sebuah pesawat tangki pengisian bahan api udara tentera AS disahkan maut selepas pesawat itu terhempas di barat
00:09Irak pada Khamis.
00:11Menurut kenyataan US Central Command, pesawat jenis KC-135 Stratotanker itu terlibat dalam insiden yang turut melibatkan sebuah lagi pesawat.
00:22Namun kejadian tersebut bukan berpunca daripada tembakan musuh atau tembakan rakan sendiri.
00:30Kata agensi itu, kejadian itu masih dalam siasatan.
00:34Kematian enam kru berkenaan menambah jumlah anggota tentera AS yang terbunuh kepada 13 orang sejak operasi ketenteraan Washington terhadap Iran
00:44bermula pada 28 Februari lalu.
00:47Setia usaha pertahanan AS, Pete Hexath berkata operasi ketenteraan terhadap Iran akan diteruskan walaupun berlaku insiden berkenaan.
00:57Seorang pegawai AS memberitahu bahawa pesawat kedua yang terlibat dalam insiden itu juga merupakan pesawat pengisian bahan api udara KC
01:06-135 namun ia berjaya mendarat dengan selamat.
01:10AS sebelum ini menempatkan sejumlah besar pesawat di rantau Asia Barat bagi menyentai operasi ketenteraan terhadap Iran.
01:19Sementara itu, kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq, Islamic Resistance in Iraq, mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tangki tentera
01:28AS berkenaan.
01:30Dalam perkembangan berkaitan, laporan sebelum ini menyebut sehingga 150 anggota tentera AS cedera dalam konflik melibatkan AS dan Israel terhadap
01:42Iran.
01:42Terima kasih telah menonton!
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments