Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi bayangan ancaman terhadap kepimpinan baharu Iran ketika mempertahankan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat yang didakwa telah melemahkan keupayaan Iran serta sekutunya, Hezbollah.
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis mengeluarkan ancaman tersirat terhadap kepimpinan baru Iran ketika mempertahankan operasi ketenteraan bersama Amerika
00:10Syarikat terhadap Tehran yang kini memasuki minggu kedua.
00:14Dalam sidang media pertamanya sejak perang tercetus, Netanyahu berkata Iran tidak lagi sama seperti sebelum ini selepas hampir dua minggu
00:22serangan udara Amerika Syarikat dan Israel.
00:27Menurutnya serangan tersebut telah memberi tamparan besar kepada pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC serta pasukan sempada tentera
00:36Basij.
00:37Menjawab soal wartawan melalui bautan video, Netanyahu memberi bayangan bahawa Israel tidak akan berhenti menyasarkan kumpulan Hezbollah di Lubnan.
00:44Ketegangan meningkat selepas kumpulan di sokong Iran itu melancarkan serangan roket ke arah Israel pada 2 Mac sebagai tidak balas
00:50terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran pada awal konflik.
00:53Netanyahu turut mendakwa bahawa Iran dan Hezbollah kini tidak lagi menimbulkan ancaman yang sama seperti sebelum konflik bermula.
01:00Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa beliau berhubung dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump setiap hari dan menyifatkan perbincangan antara
01:07mereka sebagai terbuka serta bebas.
Comments

Recommended