00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:02Buletin Awana Jamini bersama saya Farhan Hakimi.
00:04Kita mulakan dengan laporan berikut.
00:05Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan Farm Fresh Berhad
00:09mengesahkan pengarah ladangnya
00:11maut dalam nahas helikopter di Pilila,
00:14wilayah Rizal, Filipina pada pagi Selasa.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad,
00:19Lloyd Tuan E berkata,
00:21pengarah ladangnya Jacob Martin meninggal dunia
00:24pada jam 7.20 pagi ketika menaiki helikopter yang terhempas
00:28dalam perjalanan ke sebuah tapak ladang
00:30berpotensi di negara berkenaan.
00:35Menurutnya, penerbangan yang pada awalnya dijangka
00:38sebagai perjalanan biasa bertukar menjadi tragedi
00:41selepas helikopter tersebut mengalami masalah enjin.
00:44Jelasnya, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh di Filipina,
00:48Sean, turut cedera tetapi dilaporkan stabil.
00:52Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia maut
00:54manakala seorang lagi cedera
00:56apabila sebuah helikopter yang membawa 5 individu
00:58terlibat dalam nahas di Filipina.
01:01Kemalangan itu turut mengorbankan nyawa
01:02seorang penumpang warga Filipina
01:04selepas helikopter jenis Bell 505 itu
01:07dilaporkan melakukan pendaratan cemas
01:09di sebuah kawasan tanah kosong
01:10kira-kira jam 7.27 pagi.
01:14Tuan E memberitahu,
01:16Jacob merupakan anggota penting
01:17dan sangat disayangi dalam keluarga Farm Fresh
01:20serta telah lama berkhidmat bersama syarikat tersebut.
01:23Jacob menyertai keluarga Farm Fresh
01:25sebagai pelatih universiti 13 tahun lalu
01:28dan telah menunjukkan prestasi cemerlang
01:30dalam kerjanya sehingga meningkat naik
01:32dalam organisasi dan dilantik sebagai pengarah ladang.
01:36Beliau menambah, Jacob dikenali sebagai
01:38seorang profesional yang berdedikasi,
01:40amanah serta sangat dipercayai
01:42dalam setiap urusan kerja.
01:44Kata beliau,
01:45pemergian Jacob merupakan satu kehilangan besar
01:48kepada syarikat dan seluruh keluarga Farm Fresh.
01:50namun mereka akan terus bekerja bersama-sama
01:53demi mengenang jasanya.
Comments