00:00Pertumbuhan ekonomi zon euro perlahan pada Oktober ke tahap terendah dalam 4 bulan dengan tekanan inflasi yang semakin meningkat menjadi
00:07faktor utama kelembapan aktiviti peniagaan.
00:10Data terkini turut menunjukkan kenaikan kos, naga dan ketidakpastian geopolitik terus memberi tekanan kepada ekonomi rantau itu.
00:18Menurut laporan SMP Global, Indeks Pengurus Pembelian Komposit atau PMI zon euro susut kepada 51.9 pada Oktober.
00:27Bacaan itu merupakan tahap terendah sejak Jun lalu dan menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.
00:35Perancis menjadi penyumbang utama kepada kelembapan tersebut apabila PMI komposit awal negara itu merekodkan 48.4.
00:42PMI Perkhidmatan dan Pembuatan Perancis juga kekal di bawah paras 50 menandakan penguncupan aktiviti ekonomi.
00:49Secara umum, bacaan melebihi 50 menunjukkan pengembangan manakala bacaan di bawah 50 mencerminkan penguncupan.
00:56Laporan itu menyatakan tekanan inflasi yang semakin memuncak menjadi punca utama kelembapan ekonomi zon euro.
01:04Pengeluar berdepan kenaikan kos input, susulan harga tenaga yang meningkat, memaksa mereka menaikkan harga jualan bagi melindungi margin keuntungan.
01:12Dalam masa sama, konflik yang berterusan di Timur Tengah turut melonjak naik kos tenaga, bahan api dan pengangkutan.
01:18Perkembangan itu meningkatkan beban kos ke atas syarikat dan berisiko mengekalkan tekanan inflasi pada tahap tinggi.
01:25Penganalisis berpandangan, sekiranya tekanan harga terus berpanjangan, pasaran mungkin menjangkakan Bank Pusat Eropah atau ECB mengambil langkah dasar moneteri yang
01:34lebih ketat.
01:35Pada masa sama, ketidakpastian akibat konflik Timur Tengah dijangka terus menjadi risiko utama yang menekan prospek pertumbuhan ekonomi Eropah.
01:46Bandar tertua di Perancis, Marseille berubah wajah selepas protes besar-besaran berkaitan kos sehari hidup yang berakhir dengan insiden tegang
01:54antara sebahagian penunjuk perasaan dan pihak polis.
01:57Pihak berkuasa kini giat membersihkan kawasan awam selepas simpunan yang turut menuntut hak rakyat untuk terus berhimpun dan menyuarakan pandangan.
02:07Pekerja majlis bandaraya dilihat membersihkan jalan raya dan kawasan awam di Marseille sehari selepas ketegangan tercetus di luar acara protes
02:16yang diluluskan pihak berkuasa.
02:18Ribuan orang berhimpun di bandar pelabuhan itu pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sehari hidup yang memberi tekanan
02:26kepada isi rumah di Perancis.
02:28Perhimpunan berkenaan hanya menerima kelulusan pada Sabtu.