Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pendirian kerajaan berhubung institusi luar yang tidak memberi kerjasama mengenai isu pelarian, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU dan nasib petani pasca Belanjawan 2027 antara isu yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pendirian kerajaan berhubung institusi luar yang tidak memberi kerjasama mengenai isu pelarian, pemansohan akta universiti dan kolej universiti AUKU dan
00:10nasib petani pasca Belanjawan 2027 antara isu yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
00:16Menurut Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu ini akan dibangkitkan pada sesi pertanyaan jawab lisan.
00:24Ahli Parlimen Hulu Langan Mohamad Sani Hamzan meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan mengenai institusi luar yang beroperasi di Malaysia
00:32seperti Suruhanjaya PBB untuk pelarian, UNHCR yang dikatakan tidak memberikan kerjasama yang diharapkan serta enggan berkongsi data terutamanya berkaitan pelarian
00:43di negara ini.
00:43Sementara itu, Datuk Seri Syahidan Kassin Ahli Parlimen Araw pula mahu Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan garis masa kerajaan bagi memansuhkan
00:52akta universiti dan kolej universiti 1971.
00:56Beliau juga mahu tahu mekanisme penggubalan kerangka perundangan baru bagi menjamin kebebasan mahasiswa, autonomi, takbir urus dan akauntabiliti institusi pengajian
01:07tinggi selepas pemansuhan tersebut.
01:09Ahli Parlimen MUAR Said Said Said Abdul Rahman pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bentuk bantuan dan meningkatkan
01:17peruntukan belanjawan 2027 kepada petani serta pengusaha agromakanan kecil khususnya di MUAR untuk meningkatkan produktiviti, penggunaan teknologi pertanian serta ketahanan
01:28terhadap banjir dan perubahan cuaca.
01:30Dalam pada itu, Ahli Parlimen Raut Chow Yu Hui meminta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyatakan justifikasi pembaruan lesen Lainas
01:37selama 10 tahun, status kemudahan pelupusan kekal PDF, jumlah sisa radioaktif terkumpul serta mekanisme memastikan Lainas menghentikan penghasilan sisa radioaktif
01:48menjelang 2031.
01:51Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended