00:00Penunjuk perasaan yang berkampung di dataran Puerto de Sol, Madrid, mula mengurangkan operasi tapak protes mereka pada ahad.
00:07Beberapa kemah ditanggalkan manakala kawasan sekitarnya dibersihkan, namun penganjung menegaskan langkah itu bukan bermakna protes ditamatkan.
00:17Sebahagian peserta dilihat membersihkan laluan di antara kemah serta memidahkan struktur sementara yang terletak berhampiran pintu masuk stesen metro yang
00:26sibuk.
00:26Menurut mereka, penyusunan semula itu dilakukan bagi meningkatkan keselamatan dan melancarkan pergerakan orang ramai di kawasan tersebut.
00:34Meskipun terdapat tanda-tanda pengurangan aktiviti di tapak perkemahan, sepanduk yang menyuruh demonstrasi diteruskan masih dipamirkan di sekitar dataran itu.
00:56Kita ingin bergerak di sini, kita ingin bergerak di dalam keadaan lebih banyak orang, keadaan lebih aman, keadaan lebih aman.
01:07Itu bukan sesuatu yang kita cari untuk menjadi aman, hanya untuk lebih aman dengan integrasi kita, kehidupan kita.
01:16Setakat ini pihak penganjung belum mengumumkan secara rasmi penamatan gerakan berkenaan dan dijangka mengadakan satu acara rasmi pada akhir minggu
01:24ini bagi menentukan hala tuju seterusnya.
01:26Protes itu tercetus ketika Spanyol berdepan krisis kemampuan memiliki dan menyewa rumah yang semakin meruncing.
01:33Kenaikan harga sewa, kekurangan bekalan kediaman, pertambahan penduduk serta perkembangan pesat penginapan pelancongan di kawasan bandar menjadi antara faktor utama
01:42yang menyumbang kepada masalah tersebut.
01:45Akibatnya, ramai golongan muda dan berpendapatan rendah berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat tinggal yang mampu milik.
01:51Isu perumahan kini menjadi antara cabaran sosioekonomi utama di Spanyol dengan aktivis terus menuntut tindakan lebih tegas daripada kerajaan bagi
02:00menangani kenaikan kos perumahan dan melindungi penyewa.