Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Marseille kembali tenang selepas pihak berkuasa membersihkan kawasan awam susulan pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan. Protes yang menghimpunkan puluhan ribu peserta itu diadakan bagi membantah peningkatan kos sara hidup serta mempertahankan hak untuk berhimpun di Perancis.
Transcript
00:00Bandar tertua di Perancis, Marseille berubah wajah selepas protes besar-besaran berkaitan kos sehari hidup yang berakhir dengan insiden tegang
00:08antara sebahagian penunjuk perasaan dan pihak polis.
00:11Pihak berkuasa kini giat membersihkan kawasan awam selepas simpunan yang turut menuntut hak rakyat untuk terus berhimpun dan menyuarakan pandangan.
00:21Pekerja Majlis Bandar Raya dilihat membersihkan jalan raya dan kawasan awam di Marseille sehari selepas ketegangan tercetus di luar acara
00:29protes yang diluluskan pihak berkuasa.
00:32Ribuan orang berhimpun di bandar pelabuhan itu pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sehari hidup yang memberi tekanan
00:39kepada isi rumah di Perancis.
00:42Perhimpunan berkenaan hanya menerima kelulusan pada saat-saat akhir ketika kerajaan meningkatkan langkah keselamatan di seluruh negara.
00:49Menurut polis, kira-kira 17,000 peserta menyertai perarakan itu manakala Kesatuan Pekerja CGT menganggarkan jumlah kehadiran mencecah 100,000
00:58orang.
00:59Walaupun perarakan utama berlangsung secara aman, insiden pergaduhan tercetus di luar kawasan protes sehingga mencetuskan kebimbangan keselamatan.
01:08Pihak berkuasa turut melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
01:14Kerajaan Perancis mengerahkan sekitar 70,000 anggota polis di seluruh negara dalam usaha mencegah ulangan insiden rusuhan dan perbuatan merompak
01:23yang melanda beberapa kawasan pada hujung minggu lalu.
01:26Ketegangan yang berlaku menunjukkan kebimbangan rakyat terhadap kos sari hidup masih menjadi isu utama di Perancis di samping cabaran pihak
01:34berkuasa untuk mengekalkan keamanan ketika demonstrasi besar-besaran berlangsung.
01:39Ketegangan yang berlaku menunjukkan kebimbangan rakyat terhadap kos sari hidup masih menjadi isu utama di Perancis di samping cabaran pihak
01:47berkuasa untuk mengekalkan keamanan ketika demonstrasi besar-besaran berlangsung.
01:54Terima kasih telah menonton!

Recommended